TANDA -TANDA KIAMAT

TANDA -TANDA KIAMAT
Perempuan yang berada diluar rumah maka syaitan akan menganiayai mereka dengan mencampakkan berbagai-bagai fitnah, tetapi jika ia berada didalam rumah maka ia sentiasa dalam rahmat Allah.....

About Me

email me at kyedamman@yahoo.com

RENUNGAN

Alhamdulillah, syukur kepada allah yang memelihara dan mentadbir dunia yang sementara ini.
Syukur juga kepada allah yang telah memanjangkan umur kita dan berkesempatan untuk kita menambah dan membaiki amal kita.
Saidina Umar r.a. mengatakan beruntunglah manusia itu kerana hari ini ia lebih baik dari semalam.

My brother in islam, Kehidupan kita adalah sementara..dunia juga bersifat sementara..entah bila kita akan dijemput oleh Allah s.w.t. Apabila berlaku sahaja kematian maka bermulalah kehidupan akhirat.

Yang menakutkan macam mana kita hidup di dunia ini macam itulah kita akan dimatikan, dan bagaimana kita dimatikan begitu jugalah kita dibangkit.

Sekiranya kita hidup dalam taat maka kita akan dimatikan sebagai hamba yang taat dan sebaliknya.

Oleh itu saudaraku juga diriku seharusnya senantiasa muhasabah diri kita.

Umar r.a. setiap malam akan muhasabah dirinya.Jika ada kesilapan atau dosa maka dia akan merotani dirinya. Sehinggalah satu hari apabila mereka memandikan jenazah umar terdapat kesan-kesan sebatan pada badannya.

Alangkah hebatnya Umar r.a. yang dikatan jika ada nabilah selepas ini, ujar Nabi Muhammad s.a.w. maka Umarlah orangnya. Tetapi tengoklah ketakwaannya sanggup merotani dirinya atas dasar takwa kepada Allah.
Ambillah iktibar dari cerita ini untuk perbekalan kita dikampung akhirat nanti. Apakah kita telah selamat dengan kehidupan di dunia ini dan seterusnya kehidupan di akhirat nanti.
Semuga Allah sentiasa memberi kita taufiq dan hidayahnya dan sering membenarkan hati kita cenderung kepada kebaikan

Wassalam

Jemputan menyertai blogku.Mereka yang dinamik serta mempunyai vission memajukan anak melayu dialu-alukan.

PPDHS
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul
Ehsan